Thursday, February 15, 2018

Sejarah PKENJ FC

    Sejarah PKENJ FC  Kelab Bola sepak Johor (dahulunya PKENJ FC) telah ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota pekerja PKENJ. Mula menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga PBJB dan memenanganinya hampir setiap tahun. Pada tahun 1988 pasukan PKENJ telah layak bertanding dalam Piala FAM. Seterusnya menjadi Juara Piala FAM tahun 1994 dan 1995, Naib Juara pada tahun 1996. Bermain dalam Liga Perdana 2 pada tahun 1997 hingga 2001. Menjadi Juara Liga Perdana 2 pada tahun 2001 dan seterusnya layak bermain dalam Liga Perdana 1 pada tahun 2002 dan 2003.Sekarang,Johor FC menjadi antara pasukan terhebat di Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam Liga Super musim 2007-2008 dan melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia 2008. Di antara pemain utama yang bermain untuk Johor FC ialah bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail, Eddy Helmi Abd Manan, Hamzani Omar dan Sumardi Hajalan (Bekas pemain bawah 23 tahun kebangsaan). Raul Carizzo, jurulatih yang berasal dari Argentina merupakan arkitek utama kebangkitan Johor FC ketika dizaman Piala FAM dimana beliau dapat membentuk skuad yang dianggap pelapis kepada skuad utama negeri Johor. Antara pemain import yang menyerlah bersama merek

Kelab Bola sepak Johor (dahulunya PKENJ FC) telah ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota pekerja PKENJ. Mula menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga PBJB dan memenanganinya hampir setiap tahun. Pada tahun 1988 pasukan PKENJ telah layak bertanding dalam Piala FAM. Seterusnya menjadi Juara Piala FAM tahun 1994 dan 1995, Naib Juara pada tahun 1996. Bermain dalam Liga Perdana 2 pada tahun 1997 hingga 2001. Menjadi Juara Liga Perdana 2 pada tahun 2001 dan seterusnya layak bermain dalam Liga Perdana 1 pada tahun 2002 dan 2003.Sekarang,Johor FC menjadi antara pasukan terhebat di Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam Liga Super musim 2007-2008 dan melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia 2008. Di antara pemain utama yang bermain untuk Johor FC ialah bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail, Eddy Helmi Abd Manan, Hamzani Omar dan Sumardi Hajalan (Bekas pemain bawah 23 tahun kebangsaan).

Raul Carizzo, jurulatih yang berasal dari Argentina merupakan arkitek utama kebangkitan Johor FC ketika dizaman Piala FAM dimana beliau dapat membentuk skuad yang dianggap pelapis kepada skuad utama negeri Johor.Antara pemain import yang menyerlah bersama mereka ialah Jonathan Ben Angelucci (Australia), Walter Andrian Silva (Argentina), Gustavo Fuentes (Argentina), Moses Mondororou (Cameroon), Ante Juric (Australia) dan Aytek Genc (Australia).

Penubuhan JDT FC 2013

Skuad JDT ini adalah sumber inspirasi daripada seseorang yang menginginkan perubahan dalam industri bola sepak tanah air dan juga cita-cita beliau adalah untuk mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Johor seperti suatu ketika dahulu. Beliau adalah Tengku Mahkota Johor ( TMJ ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Beliau telah merombak besar-besaran pasukan bagi memastikan perubahan yang besar dalam pasukan JDT FC. Perkara pertama yang dirombak ialah nama pasukan itu sendiri daripada Johor FC kepada Johor Darul Takzim FC ( JDT FC ). selepas itu, ramai pemain kebangsaan telah dibawa masuk seperti NorShahrul Idlan Talaha ( Kelantan ), Safee Sali ( Pelita Jaya ), Shafiq Rahim ( Selangor ), Aidil Zafuan, Zaquan Adha ( N.Sembilan ), dan Nurul Azwan Roya ( Kelantan ). Pemain import dari luar negara juga telah dibawa masuk bagi memantapkan lagi skuad JDT seperti Daniel Guiza ( Getafe FC ) dan Simone Del Nero ( Lazio FC ). Pengurusan dan ketua jurulatih JDT FC adalah dibawah nama yang cukup besar iaitu lagenda bola sepak Singapura Fandi Ahmad dan dibantu penolong jurulatih Ismail Ibrahim bekas pemain Selangor.